True friendship comes when the silence between two people is comfortable.” - David Tyson Gentry.
Sape takde kawan?
Kalau ada yang angkat tangan memang sah la makhluk paling hebat sebab boleh hidup sensorang ketawa, makan, melancong, berjimba, gi usrah/ceramah haji (
auw!) semua sorang2 . Tapi konsepnye betul jugak tu sebab mati pun kekdahnye sensorang kan.
Anyhoots, I nak bagitau I suke berkawan. Kawan bagi I paling penting dalam diari kehidupan I selain dari mak ayah, adik-beradik, ipar duai, anak buah dan ketua kampung (
sebab masa sekolah nak dapat biasiswa dan masa nak masuk U kena dapatkan signature dia).
Kawan-kawan kita ni ada macam-macam jenis pe'el perangai, so colorful. But honestly I adore them all. I crave for times to spend with them. I never want to lose any of them. Kadang2 tu I khayal sensorang kalaulah I kaya I nak terbangkan semua kawan2 I ke Swiss untuk sama2 menikmati percutian paling hebat dan cool. Borak sampai pagi, tidor atas padang di pergunungan Alps, hidup sebersih udaranya. Wow! Khayalan is the best.*hugs.
I nak tulis pasal kawan-kawan tanpa menyebut nama dan jika depa bacer belog yang tak berapa nak hidup ni depa tau dok tu depa.
Kawan 1
Dia ni kalau I tetiba wassap dan bercakap pasal nak lari dari Malaysia dan nak dok obersea bagai, dia tau la I ada masalah jiwe tu. Amat memahami keadaan dalaman dan jiwe karat I. Toksah la nak sembunyik2 mesti pecah punya. I had the best times so far travelling with her. Most memorable was in Madrid and Marrakesh. Seorang yang berprinsip tapi fleksibel. Tak suka menyusahkan walau kita sanggup disusahkan. Kadang tu I rasa macam I ni jenis demanding dan bermasalah pulak sebab kawan2 tak nak minta tolong. Macam tu ke I? Anyway if you are reading this, please write your comment here as anonymous.
Kawan 2
Dia ni pemurah sangat. Seorang berjawatan tinggi dan bijak serta hebat mengendalikan Majlis. Juga hebat memandu dan tau semua jalan-jalan tak macam I yang pasti sesat kalau keluar bangi/kajang/putrajaya/serdang. Kalau kita susah dia akan usaha tolong. Bilik dia sentiasa ada stok makanan, kalau takde tu amat mustahil dan janggal sekali. Dia bukan sahaja kawan yang baik tapi seorang adik, kakak dan anak yang terlampau bertanggungjawab. I tau dia paham apa maksud I tulis ni. Cuma masalah kawan I ni dia tak suke bahase Inggeris. Ntah kenape. Susah nak kawen Mat Salleh ni.
Kawan 3
I met her not too long ago. Soft spoken and very sweet person. Her persona is beautiful, only dia je tak sedar hakikat tu. Dia ni jenis macam I jugak tak suka angka. Figures give headaches to us both. Pemurah dan out of the blue boleh bagi gifts tanpa sebab. Just because. I love the Gorgeous Mug sista. She is the kind of person yang akan belikan foods for you even if u never ask coz she cares. She also will always tanya khabar, just because. Namun begitu, we are so different in many ways. She's soft spoken while I am not. She's loveable while I am not. But we both love romance novels. Always koya2 ala heroin dalam novel. Tapi dia ni ada masa sedikit lurus dan lambat tangkap *her own words. Tapi once she got it, she got it. I pulak jauh skali dari lurus dan bab menangkap ni I champion. Tapi I jenis mudah lupa. Sebab I melayu tulen. See how different we are?
Kawan 4
This kawan ni susah nak jumpa type dia. He is so good in what he does. Kadang2 I rasa dia ni perfectionist dalam banyak segi. Dia ni tegas dan tak pandai nak berpura-pura dalam banyak hal. Paling tak suke manusia hipokrit. Sesuatu yang unik pasal dia, tanya je pasal airlines, flight no, routes dan apa2 sewaktu dengannya, I bagi jaminan 10 tahun warranti macam kuali tefal dia akan menjawab dengan tepat. Orang dok sibuk2 beli kereta baru rumah besar, ada dia kesah? Takdenye dia nak tergugat. Tapi kalau airport tutup, dia takleh fly, train lambat, siap la dia meroyan. He is a also a loyal friend dan very considerate and understanding. Such a treasure to have in your life.
You see, people are different. Friends are people. So friends are different from you. Learn to accept your friends as they are. Because like you and me, kita semua ada kelemahan. And this kelemahanlah yang membuatkan kita istimewa dan berbeza. So colourful and beautiful. Bukan begitu? To me, my friends are all beautiful and good people. I heart them all.
Keep following this thread for more Kawan Exposure!
BSP 10.23pm.